27 February 2010

Majlis Bacaan Yaasin Sempena Maulidur Rasul

Alhamdulillah. Pada malam 25 Februari 2010 (Khamis), satu majlis Bacaan Yaasin sempena Maulidur Rasul telah diadakan.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Azmi, diikuti dengan solat hajat dan bacaan Yaasin. Selepas selesai, jamuan makan juga diadakan. Para ibubapa sepakat membawa makanan secara 'potluck'. Majlis malam itu juga turut meraikan perpisahan dan harijadi salah seorang pendidik PERMATA iaitu, Cik Hafizah bt. Slamth Ali. Selamat maju jaya untuk beliau.

Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan PAPN Putrajaya (2) yang turut turun memberi sokongan kepada kami. Semoga PAPN Putrajaya (1) selepas ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t., InsyaAllah. Terima kasih kepada semua yang hadir. Alhamdulillah.


Tuan Pergerusi PIBP, En. Khairul Azri sedang berfikir-fikir nak makan apa.

Sebahagian daripada hadiran pada malam itu.


En. Mohd Saiful, Pn. Azlina dan Thaqif.

Bekas pelajar PERMATA, Anis Hasifah turut hadir.

Para pendidik PERMATA.

Cik Hafizah sebak semasa memberi ucapan terakhir beliau.



Faqihah menyuap makanan kepada rakan-rakan.

Terima kasih kepada para ibubapa yang membantu mengemas selepas majlis.

No comments:

Post a Comment