12 December 2010

Penutupan PAPN Presint 16

PAPN Presint 16 akan ditutup mulai 17 - 24 Disember 2010 dan akan dibuka semula pada 27 Disember 2010. Harap Maklum.

Graduation and Concert Night PAPN Presint 16

Majlis Graduasi PAPN Presint 16 yang telah diberi nama sebagai Graduation and Concert Night PAPN Presint 16 telah berlansung dengan meriahnya di Hotel Permaisuri, Melaka pada 4 Disember 2010.

Pada malam yang meriah itu telah diadakan persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan fesyen oleh anak-anak PAPN Presint 16. Seramai 9 orang anak-anak berumur 4 tahun telah bergraduasi sebagai tanda tamatnya pengajian di PAPN Presint 16.

Anak-anak yang telah bergraduasi untuk tahun 2010 ialah :

1. SaidAiman Syafiq b. Abdullah
2. Muhammad Haffizan b. Abu Bakar
3. Shurfa Khaleeda bt. Azmi
4. Ahmad Faizal b. Bazli
5. Ammar Mikael Mukhasien b. Mohd Norhefi
6. Muammar Reis Ghufran b. Muhammad Gamanssi
7. Muhammad Irfan Hakim b. Fauzi
8. Muhammad Zihny Daniel b. Mohd Zairiazmir
9. Puteri Nurasiya Hanim bt. Saiful Rahman

Anugerah Ibubapa Paling Cemerlang pula dianugerahkan kepada:

1. Zurina bt. Khalid
2. Khairul Azri b. Ab Wahab
3. Che Suhaila bt. Mohd Lazin

Terima kasih kepada semua pendidik, ibubapa dan hadiran yang telah memberi komitmen untuk menjayakan majlis ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan. Terima kasih.


Anak-anak graduasi 2010

Klik untuk melihat lebih banyak gambar di group facebook.

10 December 2010

Perlancaran Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak

Seramai 8 orang anak-anak berumur 4 tahun telah terlibat dalam Majlis Perlancaran Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak.

Program bertemakan 'Tidak Terlalu Awal' ini telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program Permata Negara. Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bacaan cerita mengenai gigi

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal PERMATA Negara, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod beramah mesra dengan anak-anak

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut sama mendengar cerita


Anak-anak mengangkat tangan untuk menjawab soalan
Cenderamata untuk semua anak-anak

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai

Maskot Kodomo Lion dan Maskot Program 'Tidak Terlalu Awal'

Anak-anak bersama pendidik

Antara bahan pameran

Hand-puppet

Ruang pameran

13 October 2010

1st Ladies Visit to PAPN Putrajaya

Seramai 18 orang anak-anak PAPN Presint 16 telah terlibat dalam program lawatan 1st Ladies ke PAPN Putrajaya pada 13 Oktober 2010. Aiman Syafiq, Annisa, Mikhael dan Aisya menjadi penyambut tetamu para Wanita Pertama dan delegasi negara masing-masing. Faizal, Irfan dan Shurfa pula mempersembahkan tarian singa. Ummar, Zafry, Qihah, Adam, Rania, Akmal dan Iskandar pula mengibarkan bendera semasa tetamu masuk ke dalam PAPN.

Seterusnya anak-anak telah bergabung dengan anak-anak PAPN Dengkil dalam persembahan lagu 'Di Sini Kita Berkumpul' dan lagu PERMATA. Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang telah memberikan yang terbaik. Cikgu bangga dengan kamu!

Menuju ke PAPN Putrajaya

Menunggu untuk membuat persembahan

Irfan Hakim

Shurfa dan Haffizan

Bersama Cikgu Ida

Cikgu Yan dan pasukan Lion Dance

Ruang hadapan

Anak-anak yang bersemangat

Pn. Norhayati sebagai conductor

Antara Wanita Pertama yang hadir

10 October 2010

Majlis Jamuan Aidilfitri 2010


Majlis Jamuan Aidilftri telah diadakan di Teratak Hijjaz, Desa Pinggiran Putra pada hari Ahad, 3 September 2010.

Klik untuk melihat lebih banyak gambar di group facebook.

Photo shoot Raya 2010

Sesi photo shoot Raya warga PAPN Presint 16.


Klik untuk melihat lebih banyak gambar di group facebook.

Sekitar Bulan Kemerdekaan

Sekitar bulan Kemerdekaan di PAPN Presint 16.


Bapa Faqihah menggantung bendera.

Topi kemerdekaan.
Menyanyi lagu Tanggal 31 dan 1 Malaysia.

Klik untuk melihat lebih banyak gambar di group facebook.

Hari Kerohanian

Setiap hari Jumaat adalah Hari Kerohanian di PAPN Presint 16.


Akuarium PAPN Presint 16

Bapa Aiman Syafiq, En. Syed Abdullah b. Syed Akid telah menyumbangkan sebuah akuarium untuk PAPN Presint 16. Terima kasih atas sumbangan beliau.

04 October 2010

Kemas kini Terbaru

Nantikan kemas kini blog PAPN P16 yang terbaru.... Tunggu

29 August 2010

Penukaran URL Blog

URL blog rasmi PAPN Presint 16 kini ditukar kepada http://papnpresint16.blogspot.com/.

Harap Maklum.

28 August 2010

Majlis Iftar dan Solat Terawih


Warga PAPN Presint 16 telah berbuka puasa dan bersolat terawih bersama pada Jumaat, 28 Ogos 2010 bersempena juga hari Nuzul Quran. Solat terawih telah diimamkan oleh Ustaz Azmi dari Masjid Putrajaya.

Klik untuk melihat lebih banyak gambar di group facebook.

08 August 2010

Makan-makan sempena Ramadhan

Pada 6 Ogos 2010 (Jumaat) anak-anak PAPN Presint 16 telah menikmati makanan petang yang sedikit istimewa. Cikgu Ana telah menyediakan puding kastard istimewa dan Cikgu Iza pula membuat coleslaw. Seronok anak-anak dapat makan best!

Ahlan Ya Ramadahan!






07 August 2010

PAPN Presint 16

Kini Pusat Anak PERMATA Negara Putrajaya (1) secara rasmi dikenali sebagai Pusat Anak PERMATA Negara Presint 16. Harap Maklum.

Lawatan ke Sunway Interactive Wildlife Zoo


Pada 29 Julai 2010, warga PAPN Presint 16 telah melawat Sunway Interactive Wildlife Zoo sempena tema bulan Julai iaitu Haiwan.

19 July 2010

Melawat Muzium Alam Semulajadi

Sempena tema bulan Julai iaitu Haiwan, anak-anak PAPN Putrajaya 1 telah melawat Muzium Alam Semulajadi, Presint 15, Putrajaya. Lawatan ini telah diadakan pada 9 Julai 2010. Pelbagai hidupan liar yang telah diawet dipamerkan di sini.