12 December 2010

Penutupan PAPN Presint 16

PAPN Presint 16 akan ditutup mulai 17 - 24 Disember 2010 dan akan dibuka semula pada 27 Disember 2010. Harap Maklum.

Graduation and Concert Night PAPN Presint 16

Majlis Graduasi PAPN Presint 16 yang telah diberi nama sebagai Graduation and Concert Night PAPN Presint 16 telah berlansung dengan meriahnya di Hotel Permaisuri, Melaka pada 4 Disember 2010.

Pada malam yang meriah itu telah diadakan persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan fesyen oleh anak-anak PAPN Presint 16. Seramai 9 orang anak-anak berumur 4 tahun telah bergraduasi sebagai tanda tamatnya pengajian di PAPN Presint 16.

Anak-anak yang telah bergraduasi untuk tahun 2010 ialah :

1. SaidAiman Syafiq b. Abdullah
2. Muhammad Haffizan b. Abu Bakar
3. Shurfa Khaleeda bt. Azmi
4. Ahmad Faizal b. Bazli
5. Ammar Mikael Mukhasien b. Mohd Norhefi
6. Muammar Reis Ghufran b. Muhammad Gamanssi
7. Muhammad Irfan Hakim b. Fauzi
8. Muhammad Zihny Daniel b. Mohd Zairiazmir
9. Puteri Nurasiya Hanim bt. Saiful Rahman

Anugerah Ibubapa Paling Cemerlang pula dianugerahkan kepada:

1. Zurina bt. Khalid
2. Khairul Azri b. Ab Wahab
3. Che Suhaila bt. Mohd Lazin

Terima kasih kepada semua pendidik, ibubapa dan hadiran yang telah memberi komitmen untuk menjayakan majlis ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan. Terima kasih.


Anak-anak graduasi 2010

Klik untuk melihat lebih banyak gambar di group facebook.

10 December 2010

Perlancaran Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak

Seramai 8 orang anak-anak berumur 4 tahun telah terlibat dalam Majlis Perlancaran Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak.

Program bertemakan 'Tidak Terlalu Awal' ini telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program Permata Negara. Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bacaan cerita mengenai gigi

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal PERMATA Negara, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod beramah mesra dengan anak-anak

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut sama mendengar cerita


Anak-anak mengangkat tangan untuk menjawab soalan
Cenderamata untuk semua anak-anak

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai

Maskot Kodomo Lion dan Maskot Program 'Tidak Terlalu Awal'

Anak-anak bersama pendidik

Antara bahan pameran

Hand-puppet

Ruang pameran