22 August 2011

PENGLIBATAN IBUBAPA BULAN OGOS, MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT MAGHRIB & TERAWIH 12 OGOS 2011, JUMAAT






Pada 12 Ogos 2011, Jumaat, PAPN P.16 telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Terawih. Majlis ini telah dihadiri oleh semua ibu bapa PAPN P.16.
Pelbagai juadah berbuka puasa yang di bawa oleh ibu bapa dan pendidik secara 'potluck'....Sungguh meriah majlis ini tambahan lagi dengan kesudian 3 orang Imam Muda daripada JAKIM sudi mengimarahkan solat pada malam itu. Majlis ini juga mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa PAPN P.16 dan pihak kami berharap pada masa akan datang program ini dapat diadakan lagi.

01 August 2011

Aktiviti bulan Julai-Lawatan ke Zoo Negara






Lawatan ke Zoo Negara pada hari Sabtu, 30 Julai...kami bertolak ke Zoo Negara pda jam 9.00 pagi dengan menaiki 2 buah bas Nadi Putra..pada pagi itu hujan turun dengan lebat..Alhamdullillah apabila kami sampai ke Zoo..hujan sudah reda...sungguh gembira melihat wajah anak-anak yang ceria...kami seronok melihat kanak-kanak teruja melihat haiwan-haiwan yg ada di zoo... dan semangat serta kesabaran ibu bapa dalam melayan keletah anak-anak...dan kami begitu terharu melihat semangat ibu yang sarat mengandung sanggup berjalan bersama-sama anak untuk membawa anak melihat haiwan-haiwan di zoo... Kami berterima kasih di atas kesungguhan dan pengorbanan ibu bapa yang sanggup mengorbankan hari cuti masing-masing untuk memenuhi lawatan ini.... di harapkan pada masa akan datang lawatan seperti ini akan terus diadakan....

09 April 2011

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-4 PAPN Presint 16

Alhamdulillah. Usia PAPN Presint 16 telah menjangkau 4 tahun pada tahun ini. PAPN Presint 16 atau nama asalnya PAPN Putrajaya ditubuhkan pada 1 Mac 2008. Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-4 telah diadakan di Padang Presint 16 pada hari Sabtu, 26 Mac 2011. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti Penuhkan!, Kutip Jangan Tak Kutip, Shoot, Comotnya dan Cantiknya. Bangga melihat komitmen dan kesungguhan daripada ibubapa dan anak-anak PAPN Presint 16! Klik untuk melihat lebih banyak gambar di facebook.

04 March 2011

Majlis Bacaan Yaasin

Bersempena bulan Maulidur Rasul, warga PAPN Presint 16 telah menjalankan satu majlis kerohanian pada 25 Februari 2011 (Jumaat). Warga PAPN telah menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan yaasin dan seterusnya solat Isya' berjemaah.

Jemaah pada malam itu dipimpin oleh En. Noorfariq bt. Zaaba iaitu abah kepada Muhammad Hazril Hazim. Selepas itu, hadiran menikmati jamuan makan secara potluck. Terima kasih atas usaha dan komitmen semua.










26 February 2011

Program Gotong-Royong

Pada 28 Januari 2011 (Sabtu) semua ibubapa bersama pendidik telah turun padang untuk menjayakan Program Gotong-royong.
Objektif program ini adalah untuk membersihkan kawasan dalam dan luar PAPN. Pada amnya semua ibubapa telah memberikan sepenuh kerjasama dan komitment untuk menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih!


















Mesyuarat PIBP Ke-1

Pada 21 Januari 2011 (Jumaat) telah diadakan mesyuarat PIBP yang pertama untuk tahun 2011. Agenda yang dibincangkan ialah perlantikan AJK Tertinggi untuk PIBP. Ahli-ahli PIBP telah sebulat suara melantik individu-individu ini sebagai AJKT PIBP tahun 2011:

Pengerusi PIBP : En. Zuwadi
Timbalan Pengerusi : En. Mohd. Fauzan
Bendahari : Pn. Siti Sarah bt. Yaakub
Setiausaha : Pn. Wan Nursyahida bt. Wan Abd. Malek (KP)

Semoga dengan gandingan ini sama-sama kita dapat memajukan PIBP PAPN Presint 16. InsyaAllah.

Hari Pendaftaran dan Taklimat Pendaftaran Tahun 2011

Seramai 13 kanak-kanak baru telah mendaftar pada 3 Januari 2011 yang bermula jam 7.30 pagi. Selepas selepas mendaftar, ibubapa telah diberi taklimat mengenai Pusat Anak PERMATA Negara oleh Ketua Pendidik.

Berikut adalah senarai nama anak-anak PAPN Presint 16 bagi tahun 2011.

21 January 2011

2010 Graduates

"For every ending there's a new beginning;
For every memory, there's a dream ahead."

With the class teacher, Teacher Ida

Good luck in your future! We miss you!

12 December 2010

Penutupan PAPN Presint 16

PAPN Presint 16 akan ditutup mulai 17 - 24 Disember 2010 dan akan dibuka semula pada 27 Disember 2010. Harap Maklum.

Graduation and Concert Night PAPN Presint 16

Majlis Graduasi PAPN Presint 16 yang telah diberi nama sebagai Graduation and Concert Night PAPN Presint 16 telah berlansung dengan meriahnya di Hotel Permaisuri, Melaka pada 4 Disember 2010.

Pada malam yang meriah itu telah diadakan persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan fesyen oleh anak-anak PAPN Presint 16. Seramai 9 orang anak-anak berumur 4 tahun telah bergraduasi sebagai tanda tamatnya pengajian di PAPN Presint 16.

Anak-anak yang telah bergraduasi untuk tahun 2010 ialah :

1. SaidAiman Syafiq b. Abdullah
2. Muhammad Haffizan b. Abu Bakar
3. Shurfa Khaleeda bt. Azmi
4. Ahmad Faizal b. Bazli
5. Ammar Mikael Mukhasien b. Mohd Norhefi
6. Muammar Reis Ghufran b. Muhammad Gamanssi
7. Muhammad Irfan Hakim b. Fauzi
8. Muhammad Zihny Daniel b. Mohd Zairiazmir
9. Puteri Nurasiya Hanim bt. Saiful Rahman

Anugerah Ibubapa Paling Cemerlang pula dianugerahkan kepada:

1. Zurina bt. Khalid
2. Khairul Azri b. Ab Wahab
3. Che Suhaila bt. Mohd Lazin

Terima kasih kepada semua pendidik, ibubapa dan hadiran yang telah memberi komitmen untuk menjayakan majlis ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan. Terima kasih.


Anak-anak graduasi 2010

Klik untuk melihat lebih banyak gambar di group facebook.