22 August 2011

PENGLIBATAN IBUBAPA BULAN OGOS, MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT MAGHRIB & TERAWIH 12 OGOS 2011, JUMAAT






Pada 12 Ogos 2011, Jumaat, PAPN P.16 telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Terawih. Majlis ini telah dihadiri oleh semua ibu bapa PAPN P.16.
Pelbagai juadah berbuka puasa yang di bawa oleh ibu bapa dan pendidik secara 'potluck'....Sungguh meriah majlis ini tambahan lagi dengan kesudian 3 orang Imam Muda daripada JAKIM sudi mengimarahkan solat pada malam itu. Majlis ini juga mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa PAPN P.16 dan pihak kami berharap pada masa akan datang program ini dapat diadakan lagi.

01 August 2011

Aktiviti bulan Julai-Lawatan ke Zoo Negara






Lawatan ke Zoo Negara pada hari Sabtu, 30 Julai...kami bertolak ke Zoo Negara pda jam 9.00 pagi dengan menaiki 2 buah bas Nadi Putra..pada pagi itu hujan turun dengan lebat..Alhamdullillah apabila kami sampai ke Zoo..hujan sudah reda...sungguh gembira melihat wajah anak-anak yang ceria...kami seronok melihat kanak-kanak teruja melihat haiwan-haiwan yg ada di zoo... dan semangat serta kesabaran ibu bapa dalam melayan keletah anak-anak...dan kami begitu terharu melihat semangat ibu yang sarat mengandung sanggup berjalan bersama-sama anak untuk membawa anak melihat haiwan-haiwan di zoo... Kami berterima kasih di atas kesungguhan dan pengorbanan ibu bapa yang sanggup mengorbankan hari cuti masing-masing untuk memenuhi lawatan ini.... di harapkan pada masa akan datang lawatan seperti ini akan terus diadakan....