Satu lawatan penaziran telah dijalankan oleh pihak National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 26 Januari 2010 (Selasa).
Lawatan diketuai oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato' Dr. Aminah Ayob dan diiringi oleh 5 orang lagi kakitangan. Pegawai Pemantau Putrajaya 1, Pn. Yuziana bt. Yusuf juga turut hadir bersama En. Faiq b. Ramli. Tujuan lawatan adalah untuk memantau dan mengumpul maklumat mengenai keberkesanan kurikulum program PERMATA.
Sesi soal jawab bersama Prof. Dato' Aminah.
Pensyarah IPGM, Pn. Hafiza Sulaiman (enam dari kiri) turut hadir pada hari tersebut untuk memantau pendidik praktikal KPLI.
No comments:
Post a Comment