26 January 2010

Hari Pendaftaran Anak PAPN Putrajaya 1 Tahun 2010

Alhamdulillah...

Seramai 11 orang anak PERMATA baru telah mendaftar pada 4 Januari 2010. Anak-anak telah dibahagikan mengikut peringkat umur 1, 2, 3 dan 4 tahun dan juga perkembangan mereka.


Selepas sesi pendaftaran selesai, semua ibubapa telah menghadiri sesi taklimat ibubapa yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Kompleks Kejiranan Presint 16. Sesi taklimat telah diberikan oleh Ketua Pendidik PAPN Putrajaya (1) iaitu, Pn. Wan Nursyahida bt. Wan Abd Malek. Ibubapa telah diberikan penerangan secara terperici mengenai latar belakang program PERMATA dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.

Pada tahun ini, jumlah anak PAPN Putrajaya (1) adalah seramai 23 orang. Tenaga pendidik pula adalah seramai 4 orang iaitu:

Kelas 1 tahun: Pn. Nurul Fadlian bt. Abd. Salam
Kelas 2 tahun: Cik Farhana bt. Abd. Hamid
Kelas 3 tahun: Pn. Wan Nursyahida bt. Wan Abd. Malek
Kelas 4 tahun: Pn. Zuraina bt. Md. Zain

Berikut adalah senarai nama anak-anak PAPN Putrajaya (1) bagi tahun 2010 :


1 comment:

  1. owhhhh anak2 ku... cikgu nurul rindu sgt2...
    blajaq rajin2... main puas2 ye....
    nak balik putrjaya!!!! uwaaaaaaa =(

    ReplyDelete