29 August 2010

Penukaran URL Blog

URL blog rasmi PAPN Presint 16 kini ditukar kepada http://papnpresint16.blogspot.com/.

Harap Maklum.

28 August 2010

Majlis Iftar dan Solat Terawih


Warga PAPN Presint 16 telah berbuka puasa dan bersolat terawih bersama pada Jumaat, 28 Ogos 2010 bersempena juga hari Nuzul Quran. Solat terawih telah diimamkan oleh Ustaz Azmi dari Masjid Putrajaya.

Klik untuk melihat lebih banyak gambar di group facebook.

08 August 2010

Makan-makan sempena Ramadhan

Pada 6 Ogos 2010 (Jumaat) anak-anak PAPN Presint 16 telah menikmati makanan petang yang sedikit istimewa. Cikgu Ana telah menyediakan puding kastard istimewa dan Cikgu Iza pula membuat coleslaw. Seronok anak-anak dapat makan best!

Ahlan Ya Ramadahan!






07 August 2010

PAPN Presint 16

Kini Pusat Anak PERMATA Negara Putrajaya (1) secara rasmi dikenali sebagai Pusat Anak PERMATA Negara Presint 16. Harap Maklum.

Lawatan ke Sunway Interactive Wildlife Zoo


Pada 29 Julai 2010, warga PAPN Presint 16 telah melawat Sunway Interactive Wildlife Zoo sempena tema bulan Julai iaitu Haiwan.

19 July 2010

Melawat Muzium Alam Semulajadi

Sempena tema bulan Julai iaitu Haiwan, anak-anak PAPN Putrajaya 1 telah melawat Muzium Alam Semulajadi, Presint 15, Putrajaya. Lawatan ini telah diadakan pada 9 Julai 2010. Pelbagai hidupan liar yang telah diawet dipamerkan di sini.


27 March 2010

Bengkel Keibubapaan

Alhamdulillah, pada hari ini 27/03/10, satu Bengkel Keibubapaan anjuran bersama PAPN Putrajaya (1) dan (2) telah berlangsung dengan jayanya.

Bengkel ini telah diadakan di Auditorium 1, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Prof. Madya Dr. Rumaya bt. Juhari, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM dan juga Pn. Nani bt. Menon, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Beliau juga adalah bekas mentor PAPN Putrajaya (1).

Pelbagai ilmu keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak telah dikongsi di dalam bengkel ini. Terima kasih diucapkan kepada para penceramah dan juga semua ibubapa yang hadir. Semoga ilmu yang kita perolehi ini dapat dipraktikan dan diterapkan di dalam mendidik anak-anak.


Slot pertama oleh Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari.

Ibubapa yang hadir.



Penyampaian cenderahati.

Para pendidik bergambar bersama Prof. Madya Dr. Rumaya.

Slot kedua oleh Pn. Nani bt. Menon.

Bergambar bersama.

26 March 2010

Pemeriksaan Kesihatan Anak-anak

Pasukan dari Unit Sekolah, Klinik Kesihatan Putrajaya telah menjalankan pemeriksaan kesihatan pada 18/03/10, Khamis. Anak-anak PAPN Putrajaya (1) telah diperiksa tahap kesihatan dan juga perkembangan mereka.

Adam takut bila mahu diukur lilitan kepalanya.


Iskandar menjawab soalan dengan yakin.

Haffizan berfikir bagaimana untuk menyusun blok.

Menunggu giliran sebelum dipanggil.


Aniq sedang diperiksa oleh Dr. Sophine

14 March 2010

Happy Birthday, March Stars!

"Springtime is the land awakening.
The March winds are the morning yawn."

- Lewis Grizzard

Happy birthday to Cikgu Farhana, Mikhael, Faizal and Annisa!

11 March 2010

Mesyuarat PIBP Ke-3

Pada 10 Mac 2010 (Rabu), Mesyuarat PIBP ke-3 telah diadakan. Antara agenda yang dibincangkan ialah :
  • Bengkel Keibubapaan pada 27 Mac 2010 (Sabtu)
  • Majlis Sambutan Ulangtahun ke-3 PAPN Putrajaya (1) pada 30 April 2010

Terima kasih kepada yang hadir.