27 March 2010

Bengkel Keibubapaan

Alhamdulillah, pada hari ini 27/03/10, satu Bengkel Keibubapaan anjuran bersama PAPN Putrajaya (1) dan (2) telah berlangsung dengan jayanya.

Bengkel ini telah diadakan di Auditorium 1, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Prof. Madya Dr. Rumaya bt. Juhari, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM dan juga Pn. Nani bt. Menon, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Beliau juga adalah bekas mentor PAPN Putrajaya (1).

Pelbagai ilmu keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak telah dikongsi di dalam bengkel ini. Terima kasih diucapkan kepada para penceramah dan juga semua ibubapa yang hadir. Semoga ilmu yang kita perolehi ini dapat dipraktikan dan diterapkan di dalam mendidik anak-anak.


Slot pertama oleh Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari.

Ibubapa yang hadir.



Penyampaian cenderahati.

Para pendidik bergambar bersama Prof. Madya Dr. Rumaya.

Slot kedua oleh Pn. Nani bt. Menon.

Bergambar bersama.

1 comment: