26 February 2011

Program Gotong-Royong

Pada 28 Januari 2011 (Sabtu) semua ibubapa bersama pendidik telah turun padang untuk menjayakan Program Gotong-royong.
Objektif program ini adalah untuk membersihkan kawasan dalam dan luar PAPN. Pada amnya semua ibubapa telah memberikan sepenuh kerjasama dan komitment untuk menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih!


















Mesyuarat PIBP Ke-1

Pada 21 Januari 2011 (Jumaat) telah diadakan mesyuarat PIBP yang pertama untuk tahun 2011. Agenda yang dibincangkan ialah perlantikan AJK Tertinggi untuk PIBP. Ahli-ahli PIBP telah sebulat suara melantik individu-individu ini sebagai AJKT PIBP tahun 2011:

Pengerusi PIBP : En. Zuwadi
Timbalan Pengerusi : En. Mohd. Fauzan
Bendahari : Pn. Siti Sarah bt. Yaakub
Setiausaha : Pn. Wan Nursyahida bt. Wan Abd. Malek (KP)

Semoga dengan gandingan ini sama-sama kita dapat memajukan PIBP PAPN Presint 16. InsyaAllah.

Hari Pendaftaran dan Taklimat Pendaftaran Tahun 2011

Seramai 13 kanak-kanak baru telah mendaftar pada 3 Januari 2011 yang bermula jam 7.30 pagi. Selepas selepas mendaftar, ibubapa telah diberi taklimat mengenai Pusat Anak PERMATA Negara oleh Ketua Pendidik.

Berikut adalah senarai nama anak-anak PAPN Presint 16 bagi tahun 2011.