27 February 2010

Majlis Bacaan Yaasin Sempena Maulidur Rasul

Alhamdulillah. Pada malam 25 Februari 2010 (Khamis), satu majlis Bacaan Yaasin sempena Maulidur Rasul telah diadakan.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Azmi, diikuti dengan solat hajat dan bacaan Yaasin. Selepas selesai, jamuan makan juga diadakan. Para ibubapa sepakat membawa makanan secara 'potluck'. Majlis malam itu juga turut meraikan perpisahan dan harijadi salah seorang pendidik PERMATA iaitu, Cik Hafizah bt. Slamth Ali. Selamat maju jaya untuk beliau.

Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan PAPN Putrajaya (2) yang turut turun memberi sokongan kepada kami. Semoga PAPN Putrajaya (1) selepas ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t., InsyaAllah. Terima kasih kepada semua yang hadir. Alhamdulillah.


Tuan Pergerusi PIBP, En. Khairul Azri sedang berfikir-fikir nak makan apa.

Sebahagian daripada hadiran pada malam itu.


En. Mohd Saiful, Pn. Azlina dan Thaqif.

Bekas pelajar PERMATA, Anis Hasifah turut hadir.

Para pendidik PERMATA.

Cik Hafizah sebak semasa memberi ucapan terakhir beliau.



Faqihah menyuap makanan kepada rakan-rakan.

Terima kasih kepada para ibubapa yang membantu mengemas selepas majlis.

19 February 2010

Mesyuarat PIBP Ke-2

Pada 18 Februari 2010 (Khamis) jam 5.30 petang, mesyuarat PIBP ke-2 telah diadakan di dalam PAPN Putrajaya (1).

Antara agenda yang dibincangkan ialah isu-isu berbangkit, perancangan Majlis Bacaan Yaasin sempena Maulidur Rasul dan Bengkel Ibubapa.

Terima kasih atas komitment semua yang hadir!

15 February 2010

PAPN Putrajaya (2) Farewell Party

On 12th February 2010, staffs of PAPN Putrajaya (2) have bid us goodbye. Thanks and good luck at the new place!









14 February 2010

Penglibatan Ibubapa Bulan Februari - Kelas 3 Tahun

Pada 9, 10 dan 11 Feb, giliran ibubapa kelas 3 tahun pula hadir untuk Program Penglibatan Ibubapa. Terima kasih semua!

9 Feb 2010:

  • Berenang dan mengisi air dalam botol

    • Pn. Siti Sara membantu Zafry membaca doa makan.

      Membuat salad buah

      • Meneka apa yang ada dalam beg

      Cikgu Nani (pendidik praktikal) meminta semua menutup mata.





      Pensyarah praktikal, Pn Hafiza bt. Sulaiman sedang menilai.


      Group circle.

      Membuat kolaj oren





      10 Feb 2010:

      • Mewarna gambar kenderaan

      Pn. Normalah membantu anak-anak.




      11 Feb 2010:
      • Menguli tepung
      Pn. Diana Ezlee gigih menguli tepung.



      "Uli macam ni ye, anak-anak" kata En. Azmi.

      "Bila nak siap biskut kita ni, Zafry?"